Desas-desus itu timbul selepas peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri.
Mahathir dikatakan mencadangkan idea itu kepada ketua parti politik utama yang ditemuinya hari ini, termasuk dari BN dan PH, kata laporan itu yang memetik sumber tidak dinamakan.
"Dengan ketiadaan calon lain, nampaknya Mahathir bersedia untuk membentuk kerajaan," kata salah satu sumber yang dipetik Reuters.
"Tidak akan ada entiti politik. Mungkin menjadi kerajaan tanpa parti-parti politik," kata sumber itu lagi.
Sumber lain yang dipetik berkata, "Rancangan sekarang adalah untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Sumber itu tidak mahu dikenali kerana mereka tidak dibenarkan bercakap dengan media.
Sementara itu pejabat Mahathir yang dihubungi Reuters, tidak memberikan komen segera. - Malaysiakini