Skip to main content

Harta Pusaka: Balu Abam Perlu Dapat Nasihat Peguam, Nasihat Mufti

Harta yang ditinggalkan oleh arwah Abam perlu diuruskan dengan berhati-hati untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada termakan hak anak yatim.

Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, justeru, waris Abam wajar berjumpa peguam syarie dan mendapatkan pandangan berhubung harta yang ditinggalkan pelawak terbabit.

“Jumpa peguam syariah yang boleh membantu berhubung bahagian faraid. Untuk lebih selamat, lebih baik ada hitam dan putih.

“Buatlah syarat tertentu misalnya supaya dia (adik-beradik arwah) tak guna harta dan hanya membantu menguruskannya saja.

“Untuk jaga harta anak yatim ni kenalah hati-hati, takut nanti termakan yang bukan hak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Wan Salim diminta mengulas demikian berhubung kemelut sedang menghimpit Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali.

Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, meninggal dunia di kediamannya di Gombak - dipercayai akibat demam panas - pada 10 Februari lalu.

Selain Nor Hidayah, Abam turut meninggalkan seorang bayi lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia sembilan bulan.

Wan Salim berkata, disebabkan Syed Uthman belum cukup umur, wajar dilantik seseorang untuk menguruskan harta sehingga dia matang.

“Lantik seseorang untuk urus jaga harta itu sampai anak arwah cukup umur, kemudian baru diserahkan kepada dia.

"Dalam Islam, tak dibenarkan harta terus diserahkan pada yang bawah umur, nanti salah guna,” katanya.

Kontroversi mula dihidu media apabila Ali memuat naik kenyataan lantang merujuk kepada Nor Hidayah selepas menonton rancangan temu bual antara kakak iparnya itu dengan usahawan kosmetik Aliff Syukri.

Dalam sesi itu, Nor Hidayah antaranya mendedahkan dia berdepan kesukaran apabila dirinya tidak berharta selain tiada kenderaan untuk membawa anaknya yang sedang demam ke klinik.

Dakwanya pada waktu itu dia ingin memandu kereta ditinggalkan arwah, tetapi keluarga Ali enggan menyerahkan kunci kereta kepadanya.

Pendedahan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila ada antara mereka yang beranggapan nasib balu dan anak arwah Abam tidak terbela.

Bagaimanapun, Ali dalam satu sidang media menafikan sekeras-kerasnya setiap dakwaan yang dilemparkan sama ada daripada Nor Hidayah mahupun warganet.

Mengulas perkara tersebut, Wan Salim berkata, tidak guna menuduh sembarangan sebaliknya, kedua-dua pihak perlu berkompromi dan mengadakan perbincangan secara menyeluruh agar dapat menyelesaikan konflik yang timbul.

“Kita tak boleh tuduh tak tentu pasal sebab tak tahu niat sebenar si adik ni,” katanya.

Sementara itu, mengulas hukum seorang balu keluar rumah ketika belum habis tempoh idah - iaitu selama empat bulan 10 hari - Wan Salim berkata, ia bergantung kepada keperluan seseorang wanita itu.

“Jika terpaksa, ia dibolehkan bagi menyelesaikan keperluan tersebut. Contoh dia nak cari duit atau bekalan makanan anak dia, maka dibolehkan. Tapi untuk itu saja.

“Jika dia keluar rumah dari rumah mak mentua pula, si balu tadi wajarlah minta izin terlebih dahulu, isu ini boleh dibawa berunding,” katanya. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...