Powered by Blogger.

Sunday, February 23, 2020

Anwar Dijangka Temui Mahathir Pagi Ini

Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dijangka akan bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi ini ekoran perkembangan baru politik semalam yang memungkinkan berlakunya penjajaran semula politik negara.

Hal itu dimaklumkan seorang pemimpin PKR kepada Malaysiakini hari ini.

"Anwar akan berjumpa Mahathir di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, menjelang 9.30 pagi," katanya.

Bagaimanapun sumber terbabit memberitahu, beliau tidak pasti apa yang akan menjadi pusat perbincangan Anwar dan pengerusi Bersatu itu.

Sebelum ini beberapa pihak menyatakan, Anwar - yang mendakwa dikhiatani oleh sebahagian daripada pemimpin partinya sendiri - akan menghadapi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. - Malaysiakini