Powered by Blogger.

Monday, February 24, 2020

Agong Terima Peletakan Jawatan Perdana Menteri

Agong terima peletakan jawatan Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, baginda telah berkenan untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

"Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan kabinet dibentuk,' kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi. - Astro AWANI