Powered by Blogger.

Saturday, February 22, 2020

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri Dan Keluarga

Untuk menjamin keharmonian rumah tangga, Islam telah menetapkan tugas dan tanggungjawab suami dan isteri.

Suami sebagai ketua keluarga khususnya bertanggungjawab terhadap kesejahteraan isteri dan anak-anaknya.
  • Antara tanggungjawab suami yang wajib adalah:
  • Memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal.
  • Memberi nafkah batin termasuklah menggauli isteri dengan baik.
  • Menyara anak-anak
  • Melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan
  • Melindungi maruah keluarga dan harta benda
  • Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredhaan Allah
Bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sempurna

Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak dan jiran tetangga.

Suami hendaklah sentiasa mengamalkan pergaulan yang baik dengan isteri, anak-anak dan orang lain.

Mempunyai sifat bertolak ansur, pengasih, penyabar, pemaaf dan bertimbang rasa.

Sumber: akuislam.com