Insiden itu dipercayai berpunca daripada salah faham ketika bermain snuker sebelum mangsa dipukul menggunakan botol minuman, menyebabkan kecederaan di kepala dan jari kanan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam.
"Siasatan awal dipercayai berpunca daripada salah faham dan tegur menegur ketika bermain snuker yang menyebabkan mangsa dipukul dipercayai menggunakan botol minuman hingga mengalami kecederaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan polis kini giat mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Wan Mohd Zahari turut meminta kerjasama sekiranya ada individu atau saksi yang melihat atau mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat.
Artikel
Harian Metro
Artikel
