Skip to main content

Ibu Mana Yang Tak Sakit Hati Bila Anak Sendiri Dilabel Entah Anak Siapa

Perkongsian seorang wanita yang menggunakan akaun Twitter @MissErinKayy yang diceraikan suaminya ketika mengandung tiga bulan, malah turut didera secara mental.

Dulu masa aku nak bersalin, bekas suami aku doakan aku mati ketika bersalin dan tak mengaku anak yang aku kandungkan tu anak dia. Dia sikit pun tak ambil tahu pasal kandungan.

Allah Maha Adil. Allah keluarkan anak lelaki aku muka sama macam dia. Sekarang dia menggelabah nak jumpa.

Menggelabah nak anak aku ber bin kan dia sedangkan sikit pun tak ambik tahu, sikit pun tak tanya khabar.

Aku dah lama tahan sabar tahan amarah tapi bila dapat tahu kau doakan aku mati masa bersalinkan anak kau, kau THIAL.

Cukup dah aku kasi muka dekat manusia tak kenang budi macam kau.

Aku bersuara kali ni sebab sebelum ni aku tak kisah dah kau nak ceraikan aku talak 3 sekali pun, tapi bila kau kata aku mengandung entah anak siapa, kenapa sekarang kau yang menggelabah nak mengaku ni anak kau?

Anak aku tak salah lahir ke dunia, salah dia dapat bapak macam kau.

Tengok kuasa Allah bagi anak ni keluar muka macam kau sebab apa? Sebab takut kau tak mengaku dia anak kau.

Kau belajar tinggi, tapi cakap macam orang tak pakai otak. Kesian.

Kau doakan aku mati masa bersalin, tapi Allah tak makbulkan doa kau. Allah bagi aku panjang umur untuk jaga anak ni sebagai amanah dari-Nya.

Ingat, jangan sampai suatu hari nanti kau kahwin lagi tapi tak boleh dapat zuriat. Masa tu kau kena kenang balik apa kau dah buat dekat anak kau yang pada awalnya kau hina dia anak orang lain.

Kau boleh sembang dusta dekat sesiapa pasal aku, tapi kau tengok sendiri, Allah tunjuk satu persatu.

Dulu kau susahkan aku masa mengandung naik turun mahkamah dengan bawak perut sebab kau taknak bagi kerjasama, aku yang kena urus semua.

Kali ni Allah bagi aku bahagia yang tak terhingga dengan anak aku tanpa kau. Syukur!

Kau doakanlah aku apa-apa pun, aku sikit pun tak hairan sebab Allah takkan kabulkan doa seorang PENDUSTA & MUNAFIK!

Aku bersuara kali ni sebab ibu mana yang tak sakit hati bila anak sendiri dilabel entah anak siapa. Kali ni memang aku tak diam.

Sebab aku seorang ibu yang kandungkan anak aku sorang-sorang, ke hulu ke hilir bawak perut sorang-sorang, bersalin sorang-sorang, besarkan sorang-sorang, pastilah aku sakit hati.

Maaf (kepada yang membaca) ada kata-kata kesat. Tak kisahlah korang nak kata apa. Tapi sakit hati aku ni takleh dibendung dah sebab ini soal anak.

Aku dah berlembut hati selama ni layan dia macam tak ada apa jadi, lepas dari dia ceraikan aku talak 3, masa aku mengandung 3 bulan!

Manusia paling tak kenang budi!

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @MissErinKayy dan mendapat hampir 22,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini. - Astro Gempak

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...