Skip to main content

Wanita Ditawar Gaji RM4800 Disuruh Pakai Skirt pendek


Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq) mendakwa masih terdapat hotel yang mengamalkan diskriminasi pekerjaan terhadap wanita bertudung.

Presidennya, Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar berkata, kes sebegini bukanlah yang pertama dilaporkan dan beliau berharap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dapat mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana hotel yang mengamalkan diskriminasi tersebut.

“Merujuk kepada aduan seorang wanita yang tular di laman Facebook, Wafiq berasa kesal dengan satu lagi laporan diskriminasi wanita bertudung dalam industri perhotelan.

“Pemohon wanita tersebut telah pun ditawarkan pekerjaan bermakna beliau mempunyai kelayakan, namun pihak hotel mengenakan syarat pakaian yang jelas mendiskriminasi wanita muslimah,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.
 

Dalam aduan wanita tersebut, beliau mendakwa telah ditawarkan jawatan Pembantu Pengurus di sebuah hotel bertaraf lima bintang namun diminta menanggalkan tudung dan mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.

Hantaran yang ditulis dua hari lalu itu telah mendapat 794 reaksi dan 646 kongsian di Facebook setakat pukul 6 petang ini.

Mengulas lanjut, Rafidah berharap isu ini mendapat perhatian kerajaan demi membela nasib lebih ramai lagi pekerja wanita di hotel yang dinafikan hak mereka untuk berpakaian mengikut syariat Islam.

“Wafiq menggesa agar Datuk Seri (Dr.) Wan Azizah dan M. Kulasegaran mengambil perhatian dan tindakan tegas ke atas pihak hotel atau mana-mana industri yang mengamalkan diskriminasi ini dan membela nasib ratusan lagi pekerja wanita di hotel yang dinafikan dari memakai tudung walaupun mereka setia bekerja bertahun-tahun dan amat berpengalaman,” katanya. - Utusan Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...