Skip to main content

Teman Lelaki Mempromosikan Dirinya Di WeChat


CARI pelanggan guna aplikasi 'WeChat' dan caj RM250 hingga RM600 untuk setiap perkhidmatan.

Itu modus operandi dan caj dikenakan dua bapa ayam warga tempatan untuk ‘menjual’ perkhidmatan tiga pelacur di bawahnya yang menjadikan dua hotel ternama di bandar raya Kuala Terengganu sebagai lokasi operasinya.

Bagaimanapun, semua mereka ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam dua serbuan berasingan di dua hotel berkenaan pada Selasa lalu dan awal pagi semalam.

Dalam serbuan pertama pada 6.15 petang Selasa lalu, seorang ibu tunggal berusia 20 tahun bersama bapa ayamnya ditahan dipercayai sedang menunggu pelanggan.

Sumber berkata, bapa ayam berkelulusan bidang perubatan dari Jordan itu menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan dan mengenakan caj antara MR250 hingga RM600 bagi setiap slot pelacuran.

“Siasatan mendapati wanita itu mengaku mula terjebak dalam dunia pelacuran sejak empat bulan lalu dan mendakwa semua urusan mencari serta mengatur pertemuan dengan pelanggan dilakukan bapa ayamnya menggunakan WeChat.

“Wanita itu mendakwa bapa ayam yang berasal dari Panji Alam, Kuala Terengganu itu akan mengambil komisyen RM100 bagi setiap pelanggan.

“Bagaimanapun, lebih mengejutkan kerana selain wanita itu, siasatan mendapati bapa ayam yang sedang mengikuti pengajian sarjana di universiti awam itu mempunyai beberapa ‘anak ayam’ lagi yang terdiri daripada pelajar universiti dan wanita bekerja dalam pelbagai profesion,” katanya.

Manakala dalam serbuan kedua di hotel sama 1.15 pagi semalam, JHEAT turut menahan seorang wanita berusia 23 tahun yang mengaku terpaksa menjadi pelacur selepas dipaksa teman lelakinya yang juga bapa ayam.

“Lelaki hidung belang itu didakwa memaksa teman wanitanya menjadi pelacur untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang.

“Selain mendakwa dibebani hutang banyak, wanita itu memaklumkan memilih pekerjaan sebagai pelacur kerana berasa ‘selamat’ bekerja dengan teman lelakinya yang bertindak mencari pelanggan.

“Dia mendakwa teman lelakinya akan mempromosikan dirinya melalui WeChat dengan mengenakan bayaran tempahan RM200 dan bayaran perkhidmatan RM250 yang diserahkan terus kepadanya,” katanya.

Selain itu, sumber berkata, seorang lagi wanita berusia 25 tahun yang berasal dari Pulau Pinang dicekup dalam serbuan di sebuah hotel di bandar raya ini pada 3.15 pagi semalam dan mengaku melakukan sendiri urusan mencari pelanggan kerana sudah lama bergiat dalam aktiviti tidak bermoral itu.

Timbalan Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Azam Awi ketika dihubungi mengesahkan semua tangkapan dan serbuan terbabit.

Beliau berkata, bagi kesalahan bapa ayam, pesalah boleh didakwa mengikut Seksyen 28 Muncikari (orang tengah) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan.

Katanya, bagi wanita yang ditahan itu pula, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 25 enakmen sama kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...