5 Gambar : Wanita putus kepala dalam kemalangan di Nilai


NILAI - Seorang wanita maut dengan kepalanya putus selepas kereta yang dipandu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 46.4, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang berusia 22 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Nahas membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dpandu mangsa sari arah Sepang, Selangor menuju ke arah Nilai, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd. Shaffie.

"Manakala daripada hasil siasatan awal mendapati bahawa kereta yang dipandu mangsa di lorong kanan terbabas sebelum merempuh pembahagi di tengah jalan.

Katanya dalam satu kenyataan, "rempuhan tersebut menyebabkan wanita itu tercampak keluar dari kenderaan lalu terlanggar besi penunjuk arah jalan sehingga mengakibatkan kepalanya putus."

Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasat, kayanya lagi. Sumber: Utusan Online. Editor: Atila Atasha