Skip to main content

'Detik bersejarah' - Trump umum AS serang tiga tapak nuklear Iran


Presiden Donald Trump berkata tentera Amerika Syarikat telah menyerang tiga lokasi di Iran, namun setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Tehran, menurut laporan media antarabangsa.

“Kami telah melancarkan serangan yang sangat berjaya ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz dan Esfahan,” kata Trump dalam satu hantaran di media sosial.

“Semua pesawat kini berada di luar ruang udara Iran. Bom telah digugurkan ke atas lokasi utama, iaitu Fordow. Semua pesawat dalam perjalanan pulang dengan selamat,” tambahnya.

Dalam hantaran susulan, Trump menyifatkan tindakan itu sebagai “detik bersejarah buat Amerika Syarikat, Israel dan dunia”.

“Iran kini mesti bersetuju untuk menamatkan perang ini. Terima kasih,” katanya lagi.

Trump turut mengucapkan tahniah kepada “wira-wira hebat Amerika”, sambil menambah bahawa tiada angkatan tentera lain di dunia yang mampu berbuat demikian.

“Sekarang adalah masa untuk keamanan! Terima kasih kerana memberi perhatian terhadap perkara ini,” katanya.

AFP melaporkan bahawa Trump menyatakan pesawat pengebom halimunan B-2 telah digunakan, namun tidak menjelaskan jenis bom yang digugurkan.
Rumah Putih dan Pentagon tidak memberikan butiran lanjut mengenai operasi tersebut pada masa itu.

Terdahulu, pegawai Amerika Syarikat memaklumkan beberapa pesawat pengebom B-2 telah berlepas dari pangkalan mereka di Missouri dan sedang menuju ke arah barat merentasi Lautan Pasifik. Pesawat ini mampu membawa bom gergasi pemusnah kubu bawah tanah (bunker busting).

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei pada Rabu memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa sebarang serangan terhadap Republik Islam itu akan “mengakibatkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki kepada mereka.”

Seiring dengan amaran itu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei, turut memberi peringatan bahawa “sebarang campur tangan Amerika akan menjadi resipi kepada peperangan besar-besaran di rantau ini.”

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...