Skip to main content

Ya Allah... Sampai Hati Kau, Warga Emas Pun Kau Nak Samun


TULAR video berdurasi pendek kira-kira 33 saat memaparkan sikap tidak berhati perut dua lelaki meragut seorang warga emas yang sedang berjalan seorang diri di Sri Orkid, Skudai, dekat Johor Bahru, yang dipercayai berlaku semalam.

Kejadian berkenaan dikongsikan pengguna laman sosial Facebook (FB) selepas dua lelaki bermotosikal menyamun warga emas berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi pendek itu, mangsa yang berjalan kaki dengan berpayung dihampiri dua lelaki tidak dikenali.

Seorang daripada lelaki itu mengambil sesuatu dari kocek seluar mangsa, manakala seorang lagi yang menunggang motosikal dengan bertopi keledar menunggu berdekatan lokasi itu.

Tidak lama kemudian berlaku sedikit pergelutan mengakibatkan warga emas itu terjatuh.

Tular berkenaan dikongsi pemilik akaun FB Wawa Chong dengan menulis perkataan 'kes samun warga emas di Seri Orkid, Skudai Johor.

Dengan sindiran ia turut dipetik berkata 'Orang tua pun korang sanggup rompak. Apa nak jadi la'.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri (Operasi), Superintendan Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan kejadian samun membabitkan warga emas berusia 78 tahun pada jam 4 petang semalam.

“Kejadian berlaku ketika mangsa berjalan ke rumahnya di Jalan Seri Orkid 19 dan 20, Taman Seri Orkid.

“Dua suspek menaiki motosikal dan pembonceng turun sebelum menyeluk poket mangsa lalu mengambil wang tunai RM300.

“Mangsa bergelut dengan lelaki itu dan ditolak sehingga jatuh hingga mengalami cedera di tangan kanan dan kaki kanan," katanya.

Katanya, laporan dibuat mangsa di Balai Polis Mutiara Rini pada jam 12.12 tengah malam tadi.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...