Skip to main content

Dua Wanita Dikehendaki Polis


POLIS sedang mengesan dua wanita warga Indonesia sebagai saksi perbicaraan kes bunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kedua-dua individu itu diperlukan bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Mereka dikenali sebagai Raisa Rinda Salma, 24, yang juga pemegang passport bernombor B2421541, dan Dessy Meyrisinta, 33, pemegang passport bernombor B0464727.

"Kita setakat ini tidak dapat menghubungi kedua-dua saksi itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu terbabit, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam di talian 017-655 6575 dari Bahagian Siasatan Jenayah Sepang atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada 16 Ogos lalu, NSTP melaporkan warga Indonesia, Siti Aishah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membunuh Kim Jong-nam.

Hakim Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Di dalam prosiding itu, kedua-dua tertuduh memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah di dalam kandang tertuduh.

Siti Aisyah, 26, dan Thi Huong, 29, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pada 9 pagi, 13 Februari 2017.

Seramai 34 saksi pendakwaan sepanjang 39 hari perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini yang bermula sejak 2 Oktober tahun lalu.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 236 bahan bukti dikemukakan kepada mahkamah termasuk pakaian dipakai ketika hari kejadian milik kedua-dua tertuduh dan mangsa serta rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian.

Jong-nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara Kim Jong-il, hidup dalam buangan di China dan Asia Tenggara selepas bergaduh dengan bapanya.

Beliau yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada di Malaysia sejak 6 Februari.

Pembunuhan itu mencetuskan perbalahan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara yang menyaksikan kedua-dua negara melarang warga negara masing-masing meninggalkan Malaysia dan Korea Utara dan mengundurkan duta masing-masing. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...