Che Ta Enggan Cepat Melatah Isu Foto Bogel Mirip Anak Tersebar.


Aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta menegaskan dirinya sudah lali berhadapan dengan kontroversi yang mengaitkan ahli keluarganya.

Terbaru, nama Che Ta kembali hangat apabila tularnya foto bogel seorang jejaka yang didakwa mirip anak sulungnya, Ammar Effendy.

Menerusi laporan BH Online, Che Ta menjelaskan di era kecanggihan teknologi, pelbagai perkara boleh dimanipulasi segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkan maruah atau kredibiliti seseorang.

"Perkara ini baru saja dimaklumkan kepada saya, malah hingga kini masih ada wakil media yang cuba mendapatkan komen saya berhubung perkara berkenaan.

"Perkara ini mudah saja, kami sekeluarga enggan cepat melatah. Lagipun, sepanjang bergelar selebriti, bermacam-macam perkara sudah kami lalui," katanya.

Menerusi laporan Harian Metro, difahamkan anaknya baru sahaja mengetahui perkara itu dan sudah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). - Astro Gempak