Skip to main content

“Ibu Bila Nak Potong Leher Adik” - Zulfykha


Seorang pengguna facebook yang bernama Aamir Abdul Hakim telah menceritakan kisah seorang kanak-kanak yang bernama zulfykha yang menderita akibat badannya terbakar kerana berpuca daripada pelita raya semasa bermain pada raya ke lima tahun lepas.

Kejadian yang menyayat hati itu berlaku semasa ibu dan nenek mangsa tiada di rumah kerana keluar pergi membeli lauk di kedai.


Mangsa yang ketika itu tinggal bersama kakaknya menjerit memanggil si kakak yang sedang mandi kerana api sedang marak membakar tubuhnya.

Kakak yang melihat keadaan adik terus menyimbah air ke badan adiknya untuk memadan api tersebut dan pada waktu yang sama terdapat jiran yang terdengar tangisan Zulfykha datang untuk memberi bantuan.

Anak kecil itu perlu menjalani pembedahan yang mana kos rawatan mencecah RM39000, kini hasil sumbangan orang ramai jumlah yang terkumpul berjumlah RM30 000 dan ibunya perlu sediakan lagi RM9 000.

Hampir setiap hari Zulfykha akan merengek dan bertanya kepada ibunya “Ibu bila nak potong leher adik”.

Sungguh pilu hati sesiapa yang mendengar rintihan anak kecil itu.

Selepas kejadian terbakar itu, tangan dan lehernya masih normal namun kelamaan bersambung dan megeras.

Kerana kulit yang makin menegang itu membuatkan mulutnya sedikit ternganga.

Sekiranya ada yang mahu memberi bantuan boleh menghubungi ibu kepada Zulfykha yang bernama Zarifah di talian 0199450780.

Marilah kita sama-sama membantu dan berdoa agar urusan anak kecil ini dipermudahkan. Editor:Farhana




Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...