Skip to main content

Bekas Pemain NBA Dan Isteri Maut Akibat Kemalangan


Sebuah kereta telah terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan dua orang mangsa iaitu seorang lelaki bekas pemain NBA dan isterinya popstar American Idol.

Rasual Butler,38, telah bermain selama 14 musim di NBA dengan lapan francais selepas bermula di Miami Heat pada tahun 2002.

Range Rover yang dipandu Butler dilaporkan hilang kawalan kira-kira jam 2.30 pagi di Studio City di California dan telah melanggar sebuah meter letak kereta dan menyebabkan kereta yang dipandunya terbalik.

Isteri Butler, Leah LaBelle, 31 merupakan seorang penyanyi R & B yang muncul di ‘American Idol’ pada tahun 2004.



Butler melansungkan permainan terakhirnya dengan San Antonio Spurs pada musim 2015-16 dan telah menhadirkan diri ke kem latihan dengan Minnesota Timberwolves pada 2016.

Dia telah dipanggil dengan gelaran 'pro NBA pro' kerana memperoleh purata 7.5 mata dan 2.4 rebound dalam 809 permainan NBA.





Pada musim panas yang lalu dia telah bermain di Liga Bola Sepak BIG3 Ice Cube.

Pada musim 2009-10, dia telah bermain dalam 82 perlawanan untuk Los Angeles dan memperoleh purata 11.9 poin dalam setiap permainan.

Leah LaBelle adalah seorang penyanyi R & B yang telah menandatangani kontrak dengan Epic Records dan mendapat tempat ke 12 pada musim ketiga ‘American Idol, pada tahun 2004.

Berita kematian penyanyi itu amat menyedihkan bagi kawan-kawan, keluarga dan peminatnya.

“Dia begitu berbakat dan telah menjayakan kerjaya muziknya.” kata seorang sumber

Butler mempunyai seorang anak perempuan dari perkahwinan sebelumnya.

Pegawai J. Mayorga dari Bahagian Trafik Lembah LAPD berkata kereta itu telah melanggar beberapaobjek sebelum melanggar dinding kedai Marshalls. Sumber:Daily Mirror , Editor:Farhana



Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...