Suami Isteri Ditemui Mati Dalam Keadaan Tragis


Kisah hidup pasangan suami isteri yang tinggal di Dusun Sanggrahan Desa/Kecamatan Mungkid Kabupaten Magelang sangat menyayat hati kerana meninggal dunia tanpa di ketahui anak dah ahli keluarga sehingga mayat mereka membusuk di dalam rumah.

Mayat Sukarjo, 70, dan Sutari, 60 ditemui dalam keadaan membusuk dan hampir reput pada tarikh 28 Januari pukul 11.30 oleh seorang menantu mereka yang berniat untuk melawat.

“Berdasarkan kenyataan saksi, pada ketika itu menantu datang untuk berkunjung menemui mertuanya, namun saat mengetuk pintu tidak ada yang menjawab dan curiga mencium bau busuk yang menyengat dari dalam rumah,” kata Ketua Polis Daerah Kabupaten Magelang Edi Susanto.

Menantu mangsa yang curiga dengan keadaan itu meminta bantuan jiran2 untuk memecahkan pintu.

Sebaik sahaja masuk kedalam rumah alangkah terkejutnya menantu itu kerana menemukan jasad si ayah mertuanya terbujur kaku diatas kerusi di ruang tamu manakala ibu mertuanya meninggal ditempat tidur.

“Keadaanya sudah hampir mereput,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati mayat kedua pasangan itu sudah meninggal dunia pada waktu yang sangat lama dan dianggarkan kira-kira 2 hingga 3 minggu yang lalu.

Dipercayai si suami terlebih dahulu meninggal dunia, kemudian si isteri yang menderita stroke turut meninggal kerana tiada yang merawatnya. Editor:Farhana