Skip to main content

Pemuda PAS Senaraikan 5 Bukti DAP Promosi Islamofobia


Dewan Pemuda PAS hari ini, mempertahankan kenyataan presidennya, Abdul Hadi Awang, yang mengaitkan DAP yang juga komponen Pakatan Harapan (PH) sebagai parti ekstrim dan mempromosi Islamofobia.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Hanafi Zulkapli, berkata kenyataan Abdul Hadi itu adalah berasaskan fakta yang menunjukkan perlakuan serta tindak tanduk pemimpin DAP menolak asas Perlembagaan Persekutuan, bersikap Islamofobik dan rasis.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di portal rasmi PAS, Harakahdaily, hari ini, Hanfi menyenaraikan beberapa tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP sebelum ini.
Hanafi Zulkapli

"Sehingga kini, DAP masih berpegang pada Deklarasi Setapak yang berhasrat mengubah status Bumiputera dalam Malaysia. Deklarasi tersebut tidak ditarik balik sehingga kini.

"Gesaan Senator Lantikan DAP, Nga Hock Cheh pada April 2019 untuk menggugurkan status kaum termasuk status Islam pada MyKAD, kononnya atas dasar mewujudkan identiti nasional.

"Pendirian Ngeh Koo Ham pada tahun 2014, yang menyatakan hak untuk murtad patut diberikan kepada orang Islam. Sehingga kini kenyataan tersebut tidak ditarik balik.

"Kenyataan Nga Kor Ming pada 14 November lalu sewaktu kempen PRU-15, yang menyatakan gabungan PN sebagai kerajaan Taliban hanya kerana ketegasan PAS berkenaan kawalan aktiviti maksiat.

"Kenyataan tokoh besar DAP, Lim Kit Siang pada Oktober lalu yang menyebut Malaysia tidak memerlukan Ketuanan Melayu, sebaliknya hanya perlukan Ketuanan Malaysia," katanya.

Menurut Hanafi, semua kenyataan dan pendirian itu, jelas menunjukkan "sifat malignan DAP terhadap fabrik sosial negara".

Semalam, Hadi Awang mendakwa demi kepentingan politiknya, DAP yang tidak berakidah dan tidak bermoral mula menunjukkan belangnya secara terbuka dan rakus.

Susulan itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, jika benar DAP seperti apa yang dituduh, PAS seharus membuat laporan polis supaya pihak berkuasa boleh bertindak.

Sambil menggesa PAS dan pemipinnya supaya menghentikan supaya menghentikan penyebaran dakyah berbaur kebencian, dan kepalsuan, Fahmi mengingatkan parti itu supaya mematuhi nasihat Yang di-Pertuan Agong agar rakyat merapatkan saf demi masa depan Malaysia.

"Tak perlu tunggu Presiden PAS membuat laporan polis pun, rakyat sendiri sudah lama melaporkan perbuatan dan tindak-tanduk DAP untuk diambil tindakan mengikut lunas undang-undang,” kata Hanafi.

Dia seterusnya menyebut tentang laporan polis oleh NGO Islam pada 22 Februari lalu terhadap pemimpin DAP, P Ramasamy ke atas Majlis Agama Islam Perlis.

Ia ekoran kenyataan yang dibuat timbalan ketua menteri II Pulau Pinang itu mengenai isu penukaran agama unilateral dan hak penjagaan tiga anak seorang ibu tunggal, Loh Siew Hong.

"Laporan polis oleh Pemuda PAS Malaysia pada 7 Julai tahun lalu terhadap kenyataan penghinaan oleh Lim Kit Siang berkaitan isu kerajaan Allah.

"Laporan polis oleh NGO Ummah pada 19 November lalu berkenaan kempen rasis oleh tokoh DAP, Hew Kuan Yew," katanya lagi.

Sehubungan itu, pemimpin Pemuda PAS itu berkata, apa yang disebut oleh Hadi bukanlah suatu fitnah, dan presiden PAS itu hanya menyatakan perkara sebenar yang berlaku.

"Hakikatnya, PAS mengakui dan menjunjung perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap kerajaan hari ini.

"Semua kerajaan yang terbentuk dan mendapat perkenan Baginda adalah sah di sisi Perlembagaan, sama seperti mana kerajaan Perikatan Nasional yang terbentuk pada Mac 2020 walaupun dituduh kerajaan pengkhianat dan tebuk atap.

"Kebenaran itu pahit untuk ditelan. Namun sepahit mana kebenaran itu, ia harus diakui," katanya.

Dia menambah sama seperti hakikat kerajaan hari ini dianggotai sebuah parti yang bersifat pesimis terhadap Islam dan bangsa Melayu, walau bagaimana pun cuba dinafikan, ia tidak pernah mengubah fakta sebenar halatuju dan perjuangan mereka. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...