Skip to main content

Azmin dijangka bangkit pada PRN Selangor tebus kekalahan, cuba membuat kebangkitan dengan menjadi “poster boy” PN.



PETALING JAYA: Dua penganalisis tidak menjangkakan karier politik Azmin Ali surut selepas beliau tewas di Gombak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Mereka berkata, beliau pasti akan cuba bangkit semula pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor tahun depan.

ADUN Bersatu mewakili Bukit Antarabangsa itu akan menggunakan pengalamannya sebagai bekas menteri besar untuk cuba membuat kebangkitan dengan menjadi “poster boy” Perikatan Nasional (PN)

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) bahawa kekalahan Azmin di kerusi Parlimen Gombak menjadikannya seperti “harimau terluka”.

Katanya, Azmin tidak akan hanya “terbaring, menjilat luka”.

“PRN Selangor tidak lama lagi. Beliau pasti akan menggunakan pengalaman luasnya sebagai MB dan pengaruh kuat PN semasa untuk memenangi Selangor dan menerajuinya semula.

“Lebih baik PH berwaspada kerana Azmin tahu semua kekuatan dan kelemahan gabungan itu di Selangor,” katanya kepada FMT.

Azmin menjadi menteri besar dari September 2014 hingga Jun 2018 sebelum dilantik sebagai menteri dalam Jemaah Menteri PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad selepas pilihan raya umum (PRU) 2018.

Awang Azman berkata, kerjasama Bersatu-PAS dijangka memberi impak besar kepada landskap politik Selangor.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, Azmin akan melakukan yang terbaik untuk menebus kekalahannya di Gombak apabila beliau sekarang boleh memberi tumpuan kepada hal ehwal Selangor.

“Sebagai bekas MB, Azmin akan mengetuai PN dalam peranannya sebagai pemantau kepada pentadbiran negeri PH diterajui Amirudin Shari, yang pernah menjadi anak didiknya,” katanya kepada FMT.

“Ini adalah sebahagian daripada semak dan imbang sistem demokrasi yang berfungsi.

“Beliau akan menggunakan pengaruhnya dan PN untuk bangkit, tetapi tidak semestinya dapat mengalahkan PH.”

Fauzi berkata, PN mungkin akan berjaya di luar bandar Selangor tetapi tidak semestinya di seluruh negeri.

Ini yang berlaku minggu lepas di Pulau Pinang, katanya, di mana PN mengalahkan Barisan Nasional di kubu kuat majoriti Melayunya di utara Seberang Perai.

“PH sepatutnya menganggap ini sebagai satu cabaran, bukan ancaman,” katanya.

“Walaupun telah mengemudi Selangor sejak 2008 di Selangor, ia mesti sentiasa berjaga-jaga.

“Poster boy atau tidak, Azmin dan PN harus berusaha untuk menjadi pembangkang yang bertanggungjawab di DUN jika mereka tidak memenangi kuasa.”

Minggu lepas, Azmin, antara individu di belakang Langkah Sheraton yang mencetuskan kejatuhan kerajaan persekutuan 22 bulan PH selepas memenangi kuasa pada 2018, dihukum oleh pengundi Gombak kerana meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu.

Beliau tewas kepada Amirudin, yang memperoleh 72,267 undi untuk menang dengan majoriti 12,729 undi. - freemalaysiatoday

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...