Skip to main content

Video Kempen Calon BN Di Permatang Pauh Kekecohan



PERMATANG PAUH: Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Permatang Pauh dicemari insiden kekecohan di Pasar Malam Penanti membabitkan penganjur tapak pasar malam dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Kekecohan berkenaan didakwa berlaku pada jam 6.45 petang Isnin, sewaktu jentera BN kawasan Permatang Pauh rancak berkempen di kawasan tumpuan orang ramai berkenaan.

Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Amir Ghazali, yang mendedahkan perkara itu pada Selasa berkata, pasukannya turut berada tidak jauh dari tempat kejadian ketika kekecohan berlaku.

Dakwanya, PKR kesan kempen parti lawan itu membabitkan insiden yang disifatkan ganas sehingga mencetuskan kekecohan.

"Kekecohan berlaku selepas penganjur pasar malam bertindak menghentikan ceramah yang dilakukan Mohd Zaidi di laluan masuk pasar malam terbabit.

"Kempen calon BN itu bersama lebih kurang 40 jentera tidak mendapat permit atau sebarang kelulusan sama ada daripada polis mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Ketika kejadian, jentera PKR Permatang Pauh juga sedang menjalankan kempen di pasar malam sama dengan membawa trak ''Ayuh Malaysia'.

"Kehadiran jentera BN di kawasan itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada penganjur pasar malam, namun mereka (penganjur) memberi peluang kepada Mohd Zaidi dan pengikutnya untuk melakukan jelajah di pasar malam berkenaan dan menetapkan tempoh untuk mereka berkempen," dakwanya di sini, pada Selasa.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Tapak Pasar Malam Penanti, Muhamad Roslan berkata pada awalnya kempen berjalan dengan tenang meskipun berlaku pertembungan dua jentera parti di kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun berlaku sedikit perang mulut apabila Mohd Zaidi enggan berhenti selepas tempoh masa yang diberikan berakhir.

"Bila masa sudah tamat, mereka minta tambah lagi, mereka tak pedulikan arahan kami untuk berhenti.
"Saya terkejut apabila Mohd Zaidi tiba-tiba bertindak agresif selepas saya bertegas meminta untuk menghentikan ceramah namun kekecohan itu berjaya dileraikan oleh orang ramai," dakwanya.

Berikutan kejadian itu, Muhamad Roslan yang juga Bendahari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan berkenaan berkata, pihaknya membuat laporan polis dan berharap insiden sedemikian tidak berulang lagi.

Sementara itu, jurucakap Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan mengenai insiden berkenaan dan siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Mohd Zaidi menafikan mencetuskan kekecohan itu sebaliknya mendakwa ia adalah fitnah untuk memburukkan dirinya.

Katanya, insiden perang mulut yang berlaku sehingga berlaku kekecohan adalah berpunca daripada provokasi yang dilakukan pihak terbabit.

Katanya, beliau tidak terkesan dengan provokasi tersebut malah insiden itu juga tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendedahkan kegagalan Pakatan Harapan (PH) selama 23 tahun menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

"Saya telah diasak dengan provokasi-provokasi daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) yang jelas sekali mengambil kesempatan kepada saya malah calon mereka sendiri buat sidang media untuk provokasi saya," katanya.

Menurutnya, beliau tidak terkejut dengan provokasi pihak lawan yang disifatkan tercabar dengan kekuatan BN dalam misi membawa perubahan buat penduduk Permatang Pauh.

“Saya tak terkejut kerana ini adalah Permatang Pauh. Provokasi seperti ini adalah perkara biasa, saya rasa mereka lebih tercabar kali ini kerana BN berjaya menembusi kubu-kubu kuat mereka menerusi kempen yang kita jalankan" katanya.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...