Skip to main content

Perdana Menteri Dijangka Menamakan Dua Timbalan Perdana Menteri - Dari BN Dan Seorang Lagi Dari Malaysia Timur


Pemimpin tinggi Umno belum mencalonkan sesiapan bagi jawatan timbalan perdana menteri.

Perkara ini dimaklumkan seorang pemimpin kanan Umno, yang bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

“Terpulang kepada perdana menteri,” kata sumber itu.

Ketika ditanya secara khusus sama ada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, sebagai pemimpin tertinggi BN, perlu dicalonkan sebagai timbalan perdana menteri, sumber itu berkata: "Tanya PM".

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka menamakan dua timbalan perdana menteri - seorang daripada BN dan seorang lagi dari Malaysia Timur.

Tidak seperti timbalan perdana menteri sebelum ini, kedua-dua timbalan perdana menteri yang akan dilantik oleh Anwar akan mempunyai beberapa tugas penting di hadapan.

Pada masa ini, Anwar mempunyai perjanjian dengan BN di mana pelantikan bagi jawatan kabinet, agensi kerajaan, ahli Dewan Negara dan syarikat berkaitan kerajaan perlu dipersetujui bersama oleh perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Ini adalah sebahagian daripada perjanjian 10 perkara antara Anwar dan BN. Perjanjian ini tidak didedahkan kepada umum tetapi pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan BN telah mengesahkannya.

Timbalan perdana menteri dari Malaysia Timur juga perlu menjadi sebahagian daripada Majlis Penyelarasan Pentadbiran Negara mengenai agensi kerajaan yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan akan beroperasi secara autonomi di Malaysia Timur.

Sumber itu memberitahu Malaysiakini bahawa walaupun kepimpinan Umno telah diberi taklimat mengenai perjanjian 10 perkara itu, tidak ada perbincangan mengenai ahli BN yang patut menerajui jawatan tersebut.

Bagaimanapun, laporan sebelum ini telah membuat spekulasi bahawa jawatan kabinet akan diagihkan secara sama rata berdasarkan jumlah kerusi yang disandang oleh setiap parti atau gabungan yang mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Laporan NST juga mencadangkan portfolio kewangan, perumahan, pembangunan luar bandar dan wilayah, pendidikan serta pertahanan, mesti diputuskan bersama oleh perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Pada 23 Nov, Umno memutuskan bahawa BN perlu menyokong dan menyertai kerajaan persekutuan yang tidak dipimpin oleh Perikatan Nasional (PN).

Majlis Tertinggi Umno juga sebulat suara mengesahkan sokongannya terhadap kepimpinan Zahid dalam parti dan sebagai pengerusi BN. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...