Skip to main content

Pukul Dan Rosakkan Bendera Parti Politik, Lelaki Ini Ditahan Polis

Polis menahan seorang lelaki dan sedang mengesan dua rakannya bagi membantu siasatan kejadian kes pukul seorang lelaki serta merosakkan bendera parti politik di Kampung Main Road, Perai dekat George Town, Rabu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa, berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penghantar gas dan memaklumkan dia telah diserang dan dipukul dengan topi keledar oleh tiga lelaki berusia lingkungan 30-an.

"Mangsa memaklumkan suspek yang dikenalinya itu datang ke rumahnya juga di Kampung Main Road pada 4 pagi dan memarahinya sebelum memukul menggunakan topi keledar kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya memasang bendera parti di kawasan berkenaan.

"Selepas memukul mangsa, suspek bertindak mencabut bendera yang dipasang lelaki itu. Mangsa mengalami kecederaan bengkak pada mata kiri, hidung dan cedera pada bahagian belakang kepala akibat dipukul," katanya pada sidang akhbar di George Town, hari ini.

Katanya susulan laporan polis itu, pihaknya berjaya menahan seorang daripada suspek berusia 31 tahun di kawasan Kampung Main Road pada 2.30 petang hari yang sama dan merampas topi keledar digunakan dalam kejadian tersebut.

Mohd Shuhaily berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau berkata polis menggalakkan semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri ini, agar memohon permit walaupun untuk melakukan kempen secara "walkabout" bagi mengelakkan tohmahan oleh mana-mana pihak.

"Secara khususnya, "walkabout" tidak perlukan permit untuk berkempen, tapi bila anda sedang berkempen tiba-tiba berhenti dan berucap, ini dalam konteks berceramah, jadi saya galakkan lebih baik memohon permit supaya tidak berlaku tohmahan.

Beliau berkata sehingga semalam pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 210 permit kepada pelbagai parti politik yang bertanding dan setakat ini perjalanan pilihan raya di Pulau Pinang, berjalan lancar.- Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...