Selepas 145 Tahun Gunung Berapi Ini Aktif Kembali


QUITO: Pelepasan gas dan wap air, tahap abu yang rendah dan peningkatan aktiviti seismik dicatatkan pada Ahad di gunung berapi Cotopaxi di Ecuador, lapor Xinhua.

Perkembangan aktiviti seismik itu direkodkan dari 5.40 pagi waktu tempatan (10:40 GMT) oleh kamera pengawasan berhampiran gunung berapi, menurut institut geofizik Ecuador dalam satu kenyataan.

Abu yang dicetuskan gunung berapi itu telah menjejaskan selatan Quito dan lembah sekitarnya.
"Adalah disyorkan untuk mengambil langkah-langkah penting dan mengikuti maklumat daripada sumber rasmi," menurut agensi itu.

Sejak 23 Okt, amaran kuning yang bermaksud risiko sederhana telah berkuat kuasa di kawasan berhampiran gunung berapi.

Kali terakhir gunung berapi itu meletuskan abu paling dasyat pada 26 Jun 1877. - BERNAMA