Skip to main content

Shuib Nafi Kahwin Watie Hanifiah Hujung Tahun Ini


Kuala Lumpur: Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib terkejut apabila rakan penyampainya, Ajak memberitahu ada mendengar khabar angin dia bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita dikenali Watie Hanifiah, hujung tahun ini.

Shuib berkata, baru-baru ini Ajak ada terserempak dengan seorang pemilik katering yang mendakwa dia sudah menempah makanan untuk hari bahagianya.

"Lima hari lalu Ajak ada bertanya adakah saya akan berkahwin hujung tahun ini. Ketika diajukan soalan itu, saya terpinga-pinga kerana tak faham apa yang cuba disampaikan.

"Dia beritahu ada terserempak dengan seorang pemilik katering yang mendakwa Shuib sudah menempah makanan untuk buat majlis perkahwinan sehingga pemilik itu turut beritahu jumlah tetamu yang bakal hadir.

"Saya beritahu Ajak jika dia bakal berkahwin sudah tentu Ajak adalah individu terawal yang akan dimaklumkan. Malah ketika saya mula mengenali Watie, Ajak antara orang pertama yang saya kongsikan.

"Jadi, kalau kata saya ada berjumpa pemilik katering atau tukang buat baju, semua itu adalah dusta. Ada pihak yang buat fitnah dengan 'menjual' cerita yang tidak betul," katanya ketika ditemui pada majlis Inilah Suria Bersama Penyampai Suria Fm di sebuah hotel, di sini.

Menurut Shuib, dia turut menafikan khabar angin mendakwa dirinya bakal berkahwin pada Mac tahun depan, sebaliknya memaklumkan tiada perancangan dibuat.

"Belum ada sebarang perancangan dan rasanya macam jauh lagi perjalanan ke arah itu sebab saya nak pastikan anak-anak terima kehadirannya dahulu.

"Perkenalan dua hingga tiga bulan belum cukup masak untuk menilai dia. Alhamdulillah hubungan kami berjalan lancar dan anak-anak serta mak saya pun suka dengan kehadirannya," katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...