Skip to main content

Hanya Dewan Tertinggi BN Boleh Muktamad Usul Desak Zahid Meletak Jawatan




KUALA LUMPUR: Usul parti komponen supaya Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan hanya boleh dimuktamadkan oleh Dewan Tertinggi BN.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu menurut peraturan dan Perlembagaan BN.

"Sebarang cadangan dan usul yang telah dikemukakan di dalam peringkat mesyuarat akan dimuktamadkan sepenuhnya oleh mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
 
"BN berpegang kepada prinsip saling menghormati dalam menangani sebarang isu yang dihadapi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Media pada Rabu melaporkan kepemimpinan tiga parti komponen BN mengemukakan ketetapan undi tidak percaya terhadap Ahmad Zahid serta menggesa beliau meletakkan jawatan.

Usul berkenaan dikemukakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Zambry.

Berdasarkan surat berkenaan, undi tidak percaya terhadap Ahmad Zahid itu dibuat susulan tindakannya yang didakwa mengkhianati keputusan dicapai menerusi mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada pagi Rabu.

Katanya, mesyuarat berkenaan menetapkan pendirian BN yang berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak bagi menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Namun, Ahmad Zahid didakwa telah menghantar surat yang menyatakan sokongan 30 ahli Parlimen BN kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 kepada Istana Negara pada tengah hari Rabu.

Zambry berkata, Ibu Pejabat BN mengambil maklum tentang beberapa kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh parti komponen BN itu dan turut tular.

Beliau menegaskan, adab dalam menyatakan dan mengeluarkan sebarang kenyataan hendaklah dipelihara dengan sebaik-baiknya agar tidak menimbulkan salah faham.

Menurutnya, ia termasuklah hal-hal yang dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
"Ibu Pejabat BN juga menasihati semua pihak untuk terus memelihara solidariti dan semangat muafakat yang telah lama terbina dalam BN.

"Ini bagi memastikan kesejahteraan dan kerukunan serta toleransi di kalangan parti-parti anggota dan parti-parti yang bergabung dengan BN," ujarnya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut