Skip to main content

Nurul Hidayah Dan Suami Akan Didakwa Ingkar PKP

Tolong lah, Tun... - Nurul Hidayah Ahmad Zahid | Astro Awani
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Huzir Mohamed memaklumkan sudah mendapat arahan Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa anak presiden Umno, Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suami atas kesalahan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Huzir berkata, Nurul Hidayah dan suami, Saiful Nizam Mohd Yusoff akan didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalam Penyakit Berjangkit (No.3) 2020 dan pendakwaan akan dibuat dalam masa tempoh terdekat.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak cuba menimbulkan kegusaran dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat seolah-olah polis tidak mengambil tindakan ke atas dakwaan perlanggaran ini.

“Polis ingin menegaskan sekali lagi, tidak ada sesiapa akan terlepas daripada tindakan sekiranya didapati dengan sengaja melanggar apa-apa jua undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Huzir sebelum ini berkata, Nurul Hidayah dan suami sudah diambil keterangan pada 24 April dan kes disiasat bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa.

Mereka turut disiasat bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit kerana melakukan pergerakan tanpa kebenaran.

Siasatan D5 ke atas pasangan suami isteri itu mempunyai kaitan dengan mesej Nurulhidayah di Instagram peribadinya, melibatkan beberapa kunjungan yang dilakukannya dan suami ke beberapa kementerian di Putrajaya sebelum ini. - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut