Skip to main content

Dua Peniaga Dijangkiti Covid-19 Pasar Besar Seremban Pula Ditutup

N.Sembilan Peruntuk RM6j Baik Pulih Pasar Seremban - MYNEWSHUB
SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Pasar Besar Seremban terpaksa ditutup bermula hari ini berikutan terdapat dua peniaga di pasar itu disyaki dijangkiti koronavirus (Covid-19) selepas mengambil bekalan niaga di Pasar Borong Selayang.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Zazali Sallehudin berkata, sebaik sahaja menerima maklumat tersebut petang semalam, pihaknya mengambil keputusan drastik menutup pasar tersebut setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Menurutnya, tindakan pantas itu bagi membolehkan MPS melakukan kerja-kerja pembersihan dan operasi sanitasi di sekitar pasar serta kawasan berhampiran.

"Walaupun tidak ada lagi pengumuman rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai kes di sini tetapi kita mengambil langkah proaktif dalam melakukan pencegahan.

"Penutupan ini juga membolehkan pihak jabatan kesihatan melakukan tindakan lanjut bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Pasar Besar Seremban setelah mengambil kira kepentingan serta keselamatan orang awam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan dan melihat operasi sanitasi di pasar tersebut di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong.

Zazali berkata, penutupan pasar itu bergantung kepada keadaan sama ada tiga hingga 14 hari seperti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM.

"Penutupan juga melibatkan semua kedai berhampiran pasar ini bagi memastikan tiada jangkitan baharu, namun kita akan cuba buat yang terbaik bagi membolehkan pasar ini kembali beroperasi seperti biasa.

"Kalau boleh kita tidak mahu susahkan masyarakat untuk mendapatkan bekalan makanan, kita akan buat sebaik mungkin. Paling maksima tutup tiga hari tetapi itu bergantung kepada arahan jabatan kesihatan," katanya.

Pada Jumaat lalu, seramai 15 daripada 20 peniaga di Pasar Besar Seremban yang mempunyai kontak dengan peniaga di Pasar Borong Selayang menjalani saringan sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...