Skip to main content

Sita Premis Warga Asing Kerana Melakukan Pelbagai Kesalahan

Berita | Berita Harian
KLANG : Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita 10 premis termasuk kendalian warga asing, selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi selama dua jam semalam.

Antara kesalahan utama dilakukan setiap premis terbabit termasuk berniaga tanpa lesen, menjual ayam hidup tanpa lesen serta menghalang laluan kaki lima.

Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, berkata operasi penguatkuasaan selama dua jam itu bermula 2 hingga 4 petang semalam membabitkan kawasan Klang Selatan dan Klang Utara.

"Di kawasan Klang Selatan, MPK memeriksa premis perniagaan sekitar kawasan Perindustrian Fasa 1 dan Fasa 2 di Pulau Indah, apabila penguat kuasa mendapati daripada tujuh premis yang beroperasi dan hanya satu premis didapati tidak berlesen iaitu pasar mini.

"Pasar mini terbabit disita mengikut UUK 3 Undang- Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan & Perindustrian (PTPP) (MPK) 2007.

"Bagaimanapun, enam premis menjual barangan runcit berlesen itu didapati melakukan kesalahan menghalang kaki lima, juga disita mengikut Seksyen 46 (1) (d) Akta Jalan Parit & Bangunan (AJPB) 1974," katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Sementara itu Dr Ahmad Fadzli berkata, operasi berasingan di Klang Utara pula dilakukan di sekitar Batu Belah.

"Ada tiga kedai runcit diperiksa penguat kuasa MPK dan mendapati dua premis mempunyai lesen perniagaan kedai runcit manakala satu premis lagi tidak mempunyai lesen perniagaan.

"Siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga premis terbabit menjual ayam hidup tanpa lesen.

"MPK bertindak menyita kesemua premis terbabit mengikut kesalahan UUK3 (1) Undang-undang kecil Perlesenan Establysment Makanan(PEM) MPK 2007," katanya.

Beliau berkata, MPK merakamkan penghargaan terima kasih kepada pemimpin tempatan dan orang awam yang sentiasa prihatin terhadap perkara ini dengan membuat laporan kepada MPK.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial satu video Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri, mendedahkan pekerja warga asing memotong ayam sehingga menyebabkan kekotoran dan mempersoalkan pengoperasian premis perniagaan berkenaan. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...