Skip to main content

Doktor Telah Tebuk 2 Lubang Pada Bahagian Kiri Dan Kanan Perut


Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) telah membuat lawatan kebajikan ke rumah Rasidin yang baru sahaja di sahkan oleh doktor berkemungkinan menghidap kanser usus.
 
Menurut beliau, pada mulanya beliau mengalami sakit perut yang melampau sehingga tidak boleh bangun dan terpaksa pergi hospital untuk mendapatkan rawatan.
 
Doktor telah membuat scan dan mendapati bahawa usus besar beliau dah kritikal bengkak serta hampir pecah sehingga doktor membuat emergency operation.
 
Ketika operation doktor telah membuang usus yang bengkak tersebut, doktor juga mendapati bahawa terdapat ketumbuhan di sekitar usus besar dan syak bahawa beliau menghidap kanser usus tahap 3.

Bagaimanapun sample usus telah di ambil untuk di hantar ke makmal bagi mengesahkan sama ada ianya benar kanser atau tidak dan jika hasil keputusan itu nanti sah kanser barulah beliau kena buat rawatan kimo untuk mematikan sel-sel kanser itu.
 
Buat sementara ini doktor telah tebuk 2 lubang pada bahagian kiri serta kanan perut untuk bagi tujuan saluran keluar najis atau dipanggil Stoma.
 
Jika dalam masa 3 ke 6 bulan ini jika dah ok baru doktor akan buat operation kali ke 2 untuk menyambung kan semula usus.
 
Buat masa ini beliau serta isteri juga anak-anak kehilangan punca pendapatan untuk menampung kehidupan harian mereka ditambah pula dengan kos rawatan beliau yang memerlukan bag stoma dirasakan amat membebankan beliau kerana beliau tidak dapat pergi kerja seperti biasa dan hanya terlantar di katil.
 
Sesiapa yang ingin meringankan beban Rasidin bolehlah menyalurkan bantuan anda ke

Bank Islam
Nama: Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN)
No.Akaun: 12289010031675

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut