Skip to main content

Muhyiddin Dakwa Tetap Akan Diheret Ke Mahkamah Atas Arahan Pihak Tertinggi Pentadbiran Negara


Biarpun telah memberi keterangan dan bekerjasama dengan baik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa beliau akan tetap dihadapkan di Mahkamah atas arahan pihak paling tinggi dalam pentadbiran negara.

Muhyiddin mendakwa SPRM tidak menemui sebarang bukti terhadap segala pertuduhan yang dikaitkan dengan beliau iaitu projek Jana Wibawa dan rayuan pembatalan cukai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.
 
"Saya juga tidak pernah berjumpa dengan kontraktor-kontraktor yang mendapat projek dan tidak pernah menerima wang daripada mereka.

"SPRM tidak menjumpai sebarang bukti bahawa saya telah menerima wang. Jadi, bagaimana saya boleh dituduh menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa?" soal beliau.

Mengulas mengenai rayuan pembatalan cukai daripada Yayasan AlBukhary yang dinaungi oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, ketika beliau menerajui pentadbiran negara, Muhyiddin menjelaskan beliau tidak mengeluarkan sebarang arahan tentang perkara itu.

Sebaliknya beliau menjelaskan, keputusan untuk menimbangkan rayuan yang dibuat oleh Syed Mokhtar itu diputuskan oleh Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

"Saya tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi Kementerian Kewangan supaya meluluskan rayuan tersebut.

"Saya telah jelaskan semua ini kepada pegawai penyiasat SPRM. Dalam keadaan biasa, tiada asas untuk mendakwa saya di bawah mana-mana undang-undang.

"Tetapi telah ada arahan daripada pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara supaya saya didakwa. Jadi, walau apapun penjelasan yang saya berikan, saya tetap akan didakwa," katanya. - Astro Awani

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...