Skip to main content

MHO, PAKIN, Gesa Siasat Syarikat Tipu Pelabur Libatkan Kerugian Lebih RM100 Juta


KUALA LUMPUR: Menggunakan nama tokoh korporat terkenal selain menawarkan dividen tinggi sehingga 3.3 peratus sebulan menyebabkan ramai terperdaya sehingga kerugian lebih RM100 juta selepas menyertai skim penipuan pembelian saham Islamic Redeemable Shares yang ditawarkan oleh syarikat pelaburan sejak 2021.

Kesemua mangsa menyertai skim pelaburan saham itu sejak diperkenalkan pada Oktober 2021 selepas dijanjikan pulangan dividen sebanyak tiga peratus setiap bulan daripada jumlah pelaburan yang dibuat.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berkata syarikat pelaburan berkenaan mengguna pelbagai taktik demi meyakinkan pelabur, seterusnya memperdaya mereka.

"Antara modus operandi syarikat pelaburan saham ini adalah menggunakan nama syarikat 'Berhad'. yang difahami masyarakat negara ini sebagai sebuah syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham di Malaysia.

"Malah syarikat sama juga mengguna pakai nama Suruhanjaya Sekuriti atau 'SC' untuk lebih meyakinkan pelabur menyertai skim ditawarkan," katanya selepas membuat laporan polis bersama sebahagian mangsa skim itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Hishamuddin berkata, syarikat itu menggunakan nama-nama besar seperti bekas pegawai tinggi kerajaan dan individu yang mempunyai gelaran serta berpangkat.

"Semua ini menyebabkan mangsa lebih yakin dan merasakan bahawa pelaburan saham yang diperkenalkan bukanlah satu pelaburan haram.

"Apa yang menyedihkan kebanyakan mangsa-mangsa ini membuat pelaburan minimum antara RM200,000 hingga RM250,000 di mana mereka dijanjikan dividen pada setiap bulan dan pelaburan mereka akan dikembalikan dalam tempoh tiga tahun," katanya.


Beliau berkata mangsa-mangsa ini terdiri daripada pesara-pesara kerajaan yang menggunakan wang persaraan untuk melabur, individu yang terpaksa menggadaikan rumah serta mereka yang menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Lebih menyedihkan apabila membuat laporan polis, kes ini akan diklasifikasikan sebagai kes sivil dan kes mereka dibuka di bawah terma 'Refer To Majistret' (RTM) dan mangsa tidak dapat pembelaan sewajarnya, manakala pelaku penipuan masih bebas disebabkan keterbatasan undang-undang.

"Justeru Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), menggesa kerajaan mewujud atau memperkasakan undang-undang baru yang lebih tegas dan berkonsepkan hukuman lebih berat termasuk undang-undang berkaitan Suruhanjaya Sekuriti," katanya.


Turut hadir, Presiden Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN), En Zack PAKIN. berkata, beliau yakin ia satu penipuan dan memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat serta mengambil tindakan terhadap sindiket yang menggunakan nama tokoh korporat terkenal bagi menarik orang ramai menyertai mereka.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...