Skip to main content

MHO Tuntut Permohonan Pemilikan Tanah Adat


KOTA KINABALU: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) memberi tempoh 14 hari kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) untuk memberi jawapan berkaitan status permohonan tanah penduduk di lapan kampung di Sabah.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, tempoh yang diberikan itu cukup munasabah untuk pihak JTU memberi jawapan mengenai permasalahan permohonan tanah dihadapi penduduk lapan kampung yang terletak di tiga daerah iaitu Sapulut, Nabawan; Ranau dan Kunak.

Lapan kampung itu adalah Kampung Koyoon, Kampung Kainggalan, Kampung Tonomon (A)(C), Kampung Kukuamas, Kampung Bigor dan Kampung Bukokoh di Sapulut, Nabawan. Di Ranau, kampung terlibat adalah Kampung Montoki, Mesilau dan Kampung Madai Baturong di Kunak.

“Secara keseluruhan 2,500 penduduk terlibat dengan masalah pemilikan tanah bagi kesemua lapan kampung berkenaan. Sekiranya JTU gagal memberi jawapan dalam tempoh 14 hari, MHO akan bawa isu ini ke peringkat lebih tinggi iaitu ke Pejabat Ketua Menteri Sabah bagi memastikan hak pemilikan tanah adat diselesaikan dengan cara baik.

“Selaku badan bukan kerajaan (NGO) kita terpaksa bersuara untuk rakyat yang ditindas. Kami pelik kerana orang asal yang meneroka tanah sejak bertahun lama tidak diberikan geran tapi apabila ada syarikat yang memohon mereka beri kelulusan. Keutamaan seharusnya diberi kepada orang asal yang meneroka kawasan tersebut lebih awal.

“Ini masalah rakyat yang telah menduduki tanah tersebut sejak berpuluh tahun tetapi, tiba-tiba tanah mereka dirampas di hadapan mata,” katanya selepas menyampaikan surat kepada Pengarah JTU di Ibu Pejabat JTU Sabah, hari ini.

Menurut Hishamuddin, MHO akan membantu menyuarakan masalah penduduk kampung yang terlibat sehingga pembatalan permohonan tanah itu dijawab dengan alasan yang munasabah.

Sementara itu, Pengarah JTU Sabah, Datuk Bernard Liew Chau Min berkata, surat mengenai isu permohonan tanah enam kampung di Sapulut, Nabawan itu baharu diterima, maka beliau bersedia mengatur perjumpaan bersama penduduk terlibat berkemungkinan pada bulan Ramadan ini.

“Kes ini melibatkan pihak ketiga dan beberapa pihak lain jadi mungkin ada salah faham. Semua isu ini dapat diselesaikan apabila ada penjelasan yang baik daripada pihak JTU.

“Saya tidak nampak surat rasmi daripada mereka sebelum ini, jadi kami bersedia mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampung terlibat. Kerajaan tidak akan membatalkan mana-mana geran tanah tanpa ada alasan, justeru kita perlu meneliti kes ini secara terperinci,” katanya.

Namun, berlainan dengan permohonan tanah di Kampung Madai Baturong, Kunak, kes itu sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka JTU tidak boleh keluarkan kenyataan. Surat jawapan kepada penduduk terlibat telah dikeluarkan sebelum ini.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...