Skip to main content

Tak Salah Jatuhkan Anwar Ibrahim


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tidak menjadi kesalahan sekiranya ahli-ahli Parlimen kerajaan mahu menjatuhkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim seperti yang pernah berlaku kepada Muhyiddin Yassin, sekiranya dia tidak mentadbir dengan baik.

Katanya, sememangnya wujud hak sedemikian untuk wakil rakyat menukar kerajaan.
“Saya berpendapat kalau satu kerajaan itu tidak mentadbir dengan baik, ahli partinya sepatutnya jatuhkan kerajaan itu dan pilih yang lain.

“(Ini) seperti mana yang berlaku di waktu Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu bertahan sehingga habis penggal atau tidak.
“Pada masa itu, Umno tidak puas hati. Umno tarik sokongan dan Muhyiddin jatuh dan digantikan dengan orang Umno.

“Jadi, hak bagi wakil rakyat memang ada untuk menukar kerajaan dan ini tidak melanggar undang-undang,” katanya.

Kerajaan Muhyiddin tumbang selepas dia kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen pada Ogos 2021 dan dia digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob.

Pada sidang media yang sama, Mahathir berkata, kerajaan pimpinan Anwar dilihat hanya banyak bercakap dan menabur janji tetapi tidak melaksanakan apa yang dikatakan.
Sebagai contoh, katanya, keadaan ekonomi dan kos sara hidup rakyat juga masih teruk.

"Keadaan politik pun tak stabil. Setiap hari sebut benda yang dia nak buat tapi tak nampak apa pun," katanya.

Mengulas lanjut, Mahathir juga meluahkan rasa kurang yakinnya terhadap kerajaan untuk membela nasib orang Melayu khususnya mereka yang terperangkap dalam kemiskinan.

“Saya tak yakin sama sekali, kerana dia (kerajaan hari ini) berpendapat bahawa dia tidak ada masalah khusus untuk orang Melayu sahaja.

“Semua masalah bersama sebagai sebuah negara berbilang kaum,” katanya.
Bagaimanapun, Mahathir berkata sebuah negara berbilang kaum ini bukanlah yang terdapat dalam Perlembagan negara.

“Perlembagan kita menyebut bahawa tanah Melayu ini adalah milik orang Melayu dan Melayu ini adalah orang asli kepada negara ini tetapi sekarang ini orang Melayu tak boleh dakwa negara ini milik orang Melayu

“Sebaliknya ia negara semua kaum dan sesiapa yang bercakap berkenaan orang Melayu itu merupakan satu Hasutan. Anti-kaum,” tambahnya. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...