Skip to main content

Mungkin Pecah Rumah Saya Dirancang, Macam Mana Media Boleh Tahu Jumlah Dan Barangan Yang Dicuri.


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa hairan apabila ada pihak yang mengetahui jumlah dan jenis barangan yang dicuri selepas kediamannya dipercayai dipecah masuk empat penjenayah Ahad lalu.

Jamal berkata, ia berikutan beliau masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung insiden tersebut.

“Saya dimaklumkan rumah saya diceroboh empat lelaki bertopeng dengan tujuan untuk merompak. Setakat ini, saya belum lagi keluarkan sebarang kenyataan media berhubung rompakan tersebut.

“Apa yang menghairankan saya, bagaimana kenyataan yang dikeluarkan kepada media mengetahui jumlah dan jenis barangan yang dicuri dari rumah saya,” katanya menerusi kenyataan dihantar seorang ahlinya dalam kumpulan aplikasi WhatsApp, sebentar tadi.

Jamal berkata, kejadian itu merupakan kali kedua rumahnya diceroboh perompak.

Beliau turut menafikan ia dilakukan pekerja dan pegawainya disebabkan tidak membayar gaji kepada mereka.

“Kejadian ini menimbulkan syak wasangka serta membuat saya merasa khuatir berkemungkinan sesuatu yang telah dirancang dalam perkara. Sedangkan saya telah letakkan dua anggota pengawal keselamatan bertanggungjawab untuk jaga rumah saya.

“Saya serahkan kepada pihak tertentu dan minta peguam untuk melakukan sesuatu dibawah undang-undang yang sedia ada,”katanya.

Terdahulu, rumah Pemimpin Gerakan Baju Merah itu dipercayai dipecah masuk empat penjenayah Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pengurus pengawal keselamatan rumah berkenaan memaklumkan dia mengetahui kejadian itu daripada seorang lagi pengawal keselamatan yang sedang bertugas, kira-kira jam 8.30 pagi.

"Hanya seorang pengawal keselamatan yg berkawal di rumah tersebut semasa kejadian.

"Seramai empat penjenayah, salah seorang daripada suspek menutup muka dan mengambil barang, antara yang didapati dicuri adalah sebuah beg pakaian besar, cermin mata pelbagai jenama, tiga unit telefon bimbit, dan beberapa barangan lain," katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...