Skip to main content

Cuba pecah masuk rumah



SHAH ALAM – Seorang warga Indonesia ditahan ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Jalan Kebun, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada jam 6.32 pagi.

Menurutnya, berikutan itu anggota peronda diarahkan ke lokasi terbabit selepas maklumat yang diterima itu telah disahkan.

“Apabila tiba di lokasi, anggota peronda MPV telah berjumpa dengan penduduk setempat dan telah menyerahkan seorang lelaki setelah menangkapnya kerana dipercayai cuba memecah masuk ke dalam sebuah rumah penduduk di kawasan tersebut”, katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, tular di platform media sosial cubaan memecah masuk ke dalam sebuah rumah penduduk di Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam.

Mohd Iqbal berkata, suspek tidak bekerja cuba memecah masuk rumah mangsa dengan memanjat ke atas bumbung kediaman tersebut.

Bagaimanapun, jelas beliau, perbuatan suspek berusia 38 tahun itu disedari tuan rumah apabila terdengar bunyi pergerakan di atas bumbung rumahnya.

Tambahnya, berikutan itu pemilik rumah meminta bantuan penduduk lain untuk menangkap suspek yang cuba melarikan diri.

Mohd Iqbal berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda.


“Kes turut disiasat dibawah Seksyen (6)(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana saspek tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke Malaysia dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menyalurkannya dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Aznor Zainal di talian 017-3989155. – MalaysiaGazette

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...