Skip to main content

Pecah Rumah Semata-Mata Untuk Biayai Sakit Jantung Anak


Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada hari ini atas tuduhan cuba memecah masuk sebuah rumah pada ahad lalu.

Tertuduh Norhafizi Halipah, 43 yang juga merupakan penghidap HIV merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan.

"Saya terpaksa lakukannya tuan hakim, anak saya baru lahir sakit jantung dan perlukan wang RM80,000 untuk rawatan," katanya

Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Mengikut pertuduhan, Norhafizi didakwa kerana mencuba memecah sebuah rumah di Taman Merdeka, Batu Berendam, kira-kira jam 2 petang, pada 11 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama di mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda bagi kesalahan pertama yang dilakukannya.

Dalam pada itu, tertuduh yang kelihatan tidak diwakili oleh mana-mana peguambela merayu agar hukuman yang dikenakan keatasnya diringankan dengan alasan dia menghidap HIV.

“Saya mohon hukuman ringan kerana isteri tidak berkerja dan sakit seperti saya, selain menanggung dua anak termasuk yang baru lahir."

“Saya terpaksa lakukan ini untuk dapatkan wang untuk anak kecil yang sakit jantung,” katanya lagi.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari menyatakan bahawa hukuman yang dikenakan adalah setimpal dengan kesalahannya supaya perkara sebegini dapat dijadikan pengajaran buat diri tertuduh.

Ini kerana, tertuduh juga dipercayai turut mempunyai rekod jenayah yang lampau apabila dia turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah serta turut menyalahi akta kesalahan kecil yang lain.

Akibat daripada perkara ini, pihak mahkamah kemudiannya memutuskan agar tertuduh dipenjarakan selama lapan bulan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 11 Mac yang lalu.

Mengikut fakta kes yangh dilakukan oleh tertuduh, pada jam 2.15 petang iaitu hari Ahad yang lalu, pengadu yang merupakan seorang anggota polis di Balai Polis Batu Berendam telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang wanita.

Wanita terbabit mendakwa bahawa dia ada melihat seorang lelaki berkepala botak dan berbaju merah telah memecah masuk rumah jirannya di Taman Merdeka.

Bertindak atas maklumat, pihak polis segera bergegas ke lokasi kejadian dan melihat tertuduh di atas motosikal jenis Honda Wave berwarna hitam di hadapan sebuah rumah. 

Tertuduh yang menyedari kehadiran pihak polis itu dikatakan cuba untuk melarikan diri namun akhirnya dia berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan ke atas tertuduh, pihak polis berjaya menemui beberapa peralatan pecah rumah di dalam beg yang dibawanya. Sumber: Eberita, Editor: Maya 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...