Dalam pemeriksaan kira-kira jam 1.50 pagi, lelaki berusia 37 tahun yang juga pemandu bas terbabit dan wanita berusia 46 tahun itu ditemui sedang tidur bersebelahan di atas kerusi dalam kenderaan berkenaan.
Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.
Menurutnya, pasangan terbabit memberi alasan mereka berada di dalam bas untuk berehat selepas keluar makan bersama sebelum tertidur.
“Bagaimanapun, kedua-duanya gagal membuktikan mempunyai hubungan mahram atau sebagai suami isteri yang sah,” katanya pada Ahad.
Beliau berkata, pasangan itu kemudiannya dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat