Skip to main content

Cikgu Fadilah, ‘Abang Wiring’ mengaku salah cuba berzina didenda RM5,000


MELAKA – “Saya kesal, sudah buat solat sunat taubat dan akan bertanggungjawab terhadap Cikgu Fadilah,” kata Muhammad Hairul Ezuan Hamzah, 31.

“Saya mohon mahkamah beri hukuman denda ringan kerana perlu menyara sepenuhnya anak berusia empat tahun dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahan ini,” ujar Nur Fadilah Zainal dalam nada teresak-esak.

Itu rayuan guru sekolah dan ‘abang wiring’ di Mahkamah Tinggi Syariah, Ayer Keroh, di sini hari ini sebelum masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin.

Ia selepas pasangan berusia 31 tahun itu yang terpalit skandal seks sehingga menggemparkan negara mengaku bersalah cuba melakukan zina, 28 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Hairul Ezuan dan Nur Fadilah didapati telah melakukan perbuatan percubaan persetubuhan haram dengan yang bukan isteri atau suaminya yang sah di sisi syarak.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Sungai Petai dalam daerah Alor Gajah di sini kira-kira jam 9 malam 28 Februari lalu.

Kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan kesalahan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Melaka, Atras Mohamad Zin dibantu pendakwa syarie Radzwan Abdullah.

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan di hadapan tertuduh, Nur Fadilah Zainal merupakan guru di sebuah sekolah menengah di Melaka dengan pendapatan RM4,000 sebulan manakala Muhammad Hairul bekerja sebagai juruelektrik.

Terdahulu, dalam hujah pemberatannya, Atras memohon mahkamah mengenakan hukuman paling berat memandangkan terdapat fakta yang menyokong perbuatan tertuduh namun hanya diletakkan atas kesalahan cubaan melakukan persetubuhan haram.

“Dalam kes ini pihak pendakwaan ingin menyatakan bahawa tidak ada satu yang khusus berkaitan dengan kesalahan persetubuhan luar nikah ataupun berzina antara seorang yang bukan suami isteri.

“Tapi pendekatan kita paling dekat adalah di bawah Seksyen 52 iaitu percubaan melakukannya dan kedua-dua tertuduh ini walaupun pada dasarnya ada faktor yang menunjukkan ada berlaku perkara tersebut (persetubuhan haram).

“Kalau kita kembali kepada kedudukan dalam hukum syarak, kedua-dua tertuduh ini pesalah yang pernah berkahwin dan mengikut hukum hudud mereka perlu direjam sampai mati,” katanya dalam hujah pemberatan hukuman.

Nur Fadilah yang pernah berkahwin sebelum ini dalam rayuannya memohon denda rendah kerana menanggung sepenuhnya kos perbelanjaan anak lelakinya berusia empat tahun bersama bekas suami sebelum ini.

“Hak penjagaan anak saya itu 100 peratus terletak pada saya dan juga perlu menanggung ibu, bapa yang semput, mengidap darah tinggi serta berjanji tidak mengulangi lagi kesalahan ini,” katanya lagi.

Muhammad Hairul Ezuan dalam rayuannya memberitahu mahkamah perbuatannya itu yang mendapat perhatian umum telah menggangu kerjanya menyebabkan pendapatannya juga terjejas.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Hakim Syarie Mohd Yunus mengarahkan masing-masing dijatuhkan hukuman RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar. – MalaysiaGazette

Oleh Reza A Hamid - 30 May 20255
Kredit Malaysia Gazette

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...