Skip to main content

Gadis Tipu Diculik Tapi Mahu Bermalam Bersama Rakan



Polis mengesahkan laporan kejadian seorang wanita tempatan disyaki dilarikan individu tidak dikenali di kawasan Endau di sini pada Khamis lepas adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari yang sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata susulan itu, gerakan mencari pembantu kedai berumur 24 tahun itu dijalankan melibatkan pelbagai elemen dan maklumat orang ramai sebelum dia ditemukan selamat di kawasan Rompin, Pahang.

"Bagaimanapun, siasatan mendapati wanita berkenaan memberikan maklumat palsu kepada ahli keluarganya kononnya diculik kerana mahu bermalam bersama-sama rakannya di lokasi dia dijumpai.

"Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas wanita terbabit mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1953," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Razak berkata wanita terbabit dan dua lelaki tempatan berusia 16 dan 24 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Permohonan reman terhadap ketiga-tiga mereka dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin.

"Pada masa sama, kita ingin menasihati orang ramai agar tidak memberi maklumat palsu kepada penjawat awam kerana perbuatan itu satu kesalahan dan boleh disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

- Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...