Skip to main content

Malaysia Mungkin Pertimbang Permintaan India Untuk Ekstradisi Zakir Jika Lebih Banyak Bukti Dikemuka - Anwar Ibrahim



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata adalah lebih baik isu melibatkan ekstradisi Dr Zakir Naik reda seketika, selagi pendakwah bebas itu tidak menjejaskan hubungan Malaysia–India.

Anwar berkata Zakir, yang sering berada di luar negara dan kembali ke Malaysia sekali-sekala, dilihat tidak aktif di negara ini dan tidak membuat sebarang kenyataan menentang India atau Malaysia.

"Kami menghargai kebimbangan yang disuarakan beberapa pihak di sini (India), tetapi selagi Zakir Naik tidak mencetuskan sebarang isu antara Malaysia dan India, serta keselamatan negara, saya fikir kita biarkan dahulu perkara itu," kata beliau dalam temu bual dengan India Today Global yang dikongsi menerusi YouTube hari ini.

Wawancara itu diadakan semasa lawatan rasmi Anwar ke India dari 19 hingga 21 Ogos.

Menurut laporan media, Zakir dikehendaki pihak berkuasa India sejak 2016 atas tuduhan pengubahan wang haram dan menghasut ekstremisme melalui ucapan berbaur kebencian.

Anwar berkata Malaysia mungkin mempertimbangkan permintaan India untuk mengekstradisi pendakwah kontroversi itu sekiranya negara berkenaan memberikan lebih banyak bukti.

"Sudah tentu, kita mesti menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak akan membenarkan sebarang bentuk pelanggaran," kata beliau.

Dalam pada itu, Anwar berkata Perdana Menteri India Narendra Modi dan Menteri Luar India Dr S. Jaishankar memberi jaminan bahawa negara itu akan menimbal balik kemudahan kemasukan tanpa visa bagi warga India untuk memudahkan pertukaran rakyat antara kedua-dua negara.

"India sebuah negara yang indah dan Malaysia juga mempunyai banyak perkara yang ingin ditunjukkan dan alu-alukan, sudah tentu bukan sahaja dalam kalangan etnik India, tetapi juga rakyat Malaysia amat meminati budaya dan seni India, bukan sekadar Bollywood, malah lebih daripada itu. Saya telah menyebut beberapa kesusasteraan dan penulisan hebat yang cukup dikenali," kata beliau.

Anwar berkata Malaysia mengalami pertumbuhan pesat pelancong dari India susulan pengenalan kemasukan tanpa visa bagi warga India untuk penginapan hingga 30 hari, berkuat kuasa dari 1 Dis 2023 hingga 31 Dis 2024. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...