Skip to main content

Warga Asing Dalangi Kes Samun Bersenjata Api Mati Ditembak Polis



SUBANG JAYA: Polis menembak mati seorang lelaki warga asing di Jalan PJS 9/1 di sini, petang tadi yang disyaki mendalangi 45 kes samun bersenjata sejak 2018 membabitkan kerugian RM8 juta.

Dalam kejadian jam 6.59 petang itu, mangsa yang memandu sebuah kereta Hyundai Matrix ditembak mati sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Pengarah Jabatan JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata sebelum insiden berbalas tembakan, anggota polis yang berjaya mengesan suspek mengarahkan suspek berhenti namun enggan dan melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis.

Katanya, suspek yang bersenjatakan pistol jenis Revolver melepaskan lima das tembakan ke arah polis dengan dua tembakan mengenai kenderaan polis sebelum pihak polis melepaskan tembakan balas dan mengenai suspek.

"Suspek berusia lewat 30-an dan berasal dari sebuah negara di benua Afrika mati ditembak di tempat kejadian.

"Kita percaya suspek terbabit dengan kumpulan samun bersenjata api yang kita mula jejaki sejak 2018 dan setakat ini, kita percaya kumpulan ini mendalangi 45 kes dengan kerugian RM8 juta.

"Dua kes terbaharu dikesan berlaku tahun ini dan masih dalam siasatan membabitkan kerugian RM320,000," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, modus operandi kumpulan ini adalah dengan mengiklankan khidmat transaksi menerusi media sosial termasuk menjual barang kemas, pertukaran wang asing serta beberapa perniagaan lain.

"Suspek kemudian akan mengajak mangsa berjumpa, kebiasaannya di hotel untuk menjalankan transaksi dan selepas itu akan mengajak mangsa menaiki kenderaan bersama untuk membuat transaksi seterusnya.

"Ketika dalam perjalanan itu, mereka akan memberhentikan kenderaan sebelum beberapa suspek lain bersenjatakan sama ada parang atau senjata api masuk ke dalam kereta seterusnya menyamun mangsa. Itu modus operandi yang kita dapat kenal pasti setakat ini," katanya.

Kumpulan itu dikesan aktif melakukan samun bersenjata api di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur

Suspek berjaya dikesan hasil risikan polis Kuala Lumpur sebelum operasi mengesan suspek diselaras Bukit Aman dengan bantuan polis Selangor.

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya kini sedang memburu kira-kira 10 lagi rakan subahat suspek yang ditembak mati itu dan kesemua mereka dipercayai berasal dari negara sama.

"Kita percaya suspek sudah berada di negara ini sejak 2018 dan kita masih jalankan siasatan lanjut mengenai status keluar masuk dia di negara ini," katanya.

Beliau berkata mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...