Skip to main content

Keganasan Rumah Tangga Dipercayai Motif Pembunuhan Dua Beranak



ALOR SETAR - Motif pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala di sini semalam dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Superintenden Adzli Abu Shah berkata, kejadian itu tidak melibatkan pihak lain atau keganasan terancang, sekali gus meminta orang ramai untuk menghentikan spekulasi yang tular dalam media sosial mengenai keadaan yang tidak selamat di negeri ini sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat.

"Polis menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 5.04 petang semalam dan menjumpai dua mayat dengan kesan kelar pada leher kedua-dua mangsa.

"Hasil risikan kemudian berjaya menahan suspek berumur 43 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada mangsa jam 9.20 malam.

"Siasatan awal mendapati suspek tinggal di bangunan terbiar itu sejak seminggu lepas bersama isteri dan tiga anak.

"Dalam kejadian semalam, polis menjumpai mayat isteri dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun manakala seorang anak lelaki berusia lima tahun ditemukan selamat bersama suspek ketika ditahan,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga sedang menyiasat penemuan satu mayat kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia dua tahun yang dijumpai di Pantai Leman, Kuala Kedah pada jam 12 tengah hari tadi yang dipercayai merupakan anak bongsu suspek.

"Siasatan awal terhadap mayat kanak-kanak itu turut menemukan kesan kelar sama seperti dua mayat semalam.

"Jadi, kita percaya mayat itu merupakan anak bongsu suspek dan kita akan jalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa,” katanya.

Adzli berkata, pihaknya mengesyaki kesemua mangsa dibunuh pada Ahad lepas di dalam bangunan terbiar itu sebelum dua mangsa dibuang di dalam longkang berdekatan.

Pada malam kejadian katanya, ada saksi yang ternampak suspek bersama anak lelakinya berada berhampiran longkang di Jalan Pegawai kira-kira dua kilometer dari bangunan itu dan terdengar seperti ada sesuatu yang dibuang di dalam longkang besar berkenaan.

Dalam pada itu, Adzli berkata, suspek yang hidup secara gelandangan bersama isteri dan anak-anaknya itu turut positif tiga jenis dadah iaitu amphetamine, methamphetamine dan mop.

"Mungkin suspek ada tekanan keluarga, ditambah pula bawah pengaruh dadah, jadi kemungkinan besar ini semua melibatkan keganasan rumah tangga tetapi kita akan soal siasat anak lelakinya yang berusia lima tahun itu kerana sekarang dia masih dalam keadaan trauma.

"Suspek kini ditahan reman hingga 26 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...