Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Kes Dera Dan Liwat Pelajar Di Merbok, 5 Individu Ditahan



SUNGAI PETANI: Seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu, Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata pihaknya telah menerima laporan dan tindakan susulan telah dibuat.

"Kita telah menahan empat individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat atau persetubuhan luar tabii.

"Manakala seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001. 

Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

“Polis masih meneruskan siasatan dan pengurusan pusat pengajian itu turut dipanggil bagi memberi keterangan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Azam Abd Samat berkata, pihaknya turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kes terbabit diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Saya dimaklumkan Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bahawa mereka sudah pergi melakukan siasatan di maahad tahfiz berkenaan mengikut bidang kuasa jabatan.

"JHEAIK dimaklumkan ibu bapa pelajar turut membuat laporan polis, jadi pihak jabatan tak boleh campur tangan kerana ia dalam siasatan polis," katanya ketika dihubungi.

Semalam tular satu video dakwaan pemilik akaun TikTok mendakwa berlaku kes penderaan fizikal dan seksual ke atas pelajar pusat tahfiz berkenaan.

Video terbabit turut mendakwa terdapat pelajar yang kurus kering kerana tidak diberi makan dengan cukup selepas belajar di pusat tahfiz itu.

Pemilik akaun itu turut mendakwa pelajar dibuli dan didera fizikal serta mental selain dilarang untuk mengadu kepada ibu bapa, sehingga ada yang perlu menjalani rawatan psikiatri.

Dalam paparan video itu juga, pemilik akaun mendakwa laporan terhadap JHEAIK sudah dilakukan namun tiada sebarang tindakan diambil.

Gambar pelajar yang mengalami kecederaan di kaki dan dirawat di hospital turut dikongsi dalam video berkenaan, selain terdapat gambar kesan kegatalan pada kulit tangan dan kaki serta pelajar yang kurus. - Astro AWANI