Skip to main content

Orang Melayu Sudah Terbangsat Di Negara Sendiri - Najib


Sebelum ini Datuk Seri Najib Razak pernah berkata Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, hari Najib ulangi sekali lagi yang melayu sudah terbangsat

Menurut laporan Berita Harian Online, Najib menyifatkan, orang Melayu kini terbangsat di negara sendiri, sejak UMNO kehilangan kuasa sebagai pemerintah.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO, berkata selepas menyelesaikan pemilihan, semua ahli UMNO kini perlu meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan mereka, dalam usaha membina semula kekuatan.

Najib juga menggesa semua pihak dalam parti itu, belajar dari kesilapan lalu, sambil memperkuatkan perpaduan dan kasih sayang sesama ahli.

"Kita hendaklah berhenti berbalah. Elakkan membuat tohmahan yang boleh menjejaskan perpaduan UMNO jika ingin memulihkan kekuatan parti dan mengangkat perjuangan agama, bangsa dan negara.

"Orang Melayu tidak boleh berharap kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk mempertahankan dan memperjuangkan nasib mereka. Ini kerana kekuatan parti Melayu mereka (PH) datang dari sokongan orang bukan Melayu," katanya dalam catatan terbaru menerusi Facebook, malam ini.

Najib mendakwa, setakat ini, kerajaan Pakatan Harapan mengizinkan pencabulan terhadap bahasa Melayu, agenda Islam dan Bumiputera juga tidak akan mendapat tempat utama dalam pentadbiran mereka.

"Saya pernah sebut Melayu akan terbangsat di negara sendiri jika UMNO hilang kuasa. Kita (UMNO) sudah terlepas kuasa dan mesti tabah hadapi ujian Allah SWT ini.

"Insya-Allah, dengan adanya perpaduan yang lebih kukuh dan kasih kepada parti, UMNO boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya orang Melayu," katanya.

Sebelum ini pada 23 Ogos 2015 najib pernah berkata Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020

Ketika itu najib berkata oleh yang demikian, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...