Skip to main content

Kerajaan Digesa Buka Semula Kes Felda, Isa Samad



Tan Sri Isa Samad merupakan individu penting yang boleh membantu siasatan kes pindah milik tanah FELDA di Jalan Semara.

Menurut laporan Malaysiakini, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) membuat laporan kepada SPRM semalam terhadap bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Isa Samad dakwaan percanggahan mengenai bayaran yang diterima pemegang saham Felda Holdings pada tahun 2013.

"Pada tahun 2013, apabila FGV (Felda Global Ventures Holdings Bhd) menerbitkan IPO (sahamnya), KPF (Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad) membeli 51 peratus saham di Felda Holdings tetapi mereka hanya dibayar sebanyak RM2.2 bilion.

"Pada masa yang sama, pihak berkuasa Felda hanya mempunyai 49 peratus saham di Felda Holdings, tetapi FGV membayar mereka RM5.7 bilion.

"Jadi, persoalannya kenapa KPF hanya mendapat RM2.2 bilion daripada FGV kerana bahagian (sahamnya) sebanyak 51 peratus (yang lebih tinggi) di Felda Holdings?" Soal Timbalan Presiden ANAK, Mohd Nasaie Ismail kepada Malaysiakini.

Nasaie menjelaskan pihaknya sekali lagi membuat laporan mengenai kes ini kerana Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru Datuk Seri Shukri Abdull telah mengumumkan SPRM akan membuka kembali kes-kes dibekukan penyiasatannya.

Sebelum ini Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pernah disiasat di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 5 Jan 2018.

Siasatan bagi memberi keterangan berhubung kes pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang berjumlah lebih RM200 juta. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...