Powered by Blogger.

Sunday, January 24, 2021

Isu Calon PM Ini Kata Tok Mat, "Berita Palsu Lebih Cepat Tersebar Dari COVID"


"Sila ambil maklum. Ini adalah berita palsu. Berita palsu 'lebih cepat' tersebar berbanding virus COVID-19. Berhati-hatilah."

Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu perkongsian di laman Instagram beliau pada Ahad yang menafikan dakwaan bahawa beliau telah dipilih sebulat suara sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat memberitahu bahawa dakwaan itu adalah berita palsu.

Dalam masa yang sama Tok Mat turut memaklumkan perkara berkenaan di laman akaun Twitter rasmi beliau @TokMatHasanN9 hari ini.

Menerusi paparan itu, nama Tok Mat dikatakan telah disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri bagi MN dan telah mendapat undian tertinggi berbanding calon-calon lain pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini. -  Astro AWANI