Skip to main content

Sarah Hildebrand Buka Balik Punca Putus Cinta, Dakwa Diri Dihina, Dibuli & Dicurangi!


Pelakon Sarah Hildebrand tampil dengan pengakuan dan pendedahan sebenar punca putus cinta dengan bekas kekasihnya.

Jelas Sarah, sepanjang lima tahun dia memendam rasa apabila sering dibuli dan dihina.

"Saya sering melakukan perkara yang tidak patut. Banyak kali teman rapat saya meminta saya meninggalkan dia, saya selalu memberikan alasan sebab saya mahu jadi optimistik.

"Sepanjang perhubungan, saya sering dihina dan dibuli. Tidak wujud komunikasi apabila berbicara tentang masa depan bersama. Sudah tentu ada niat tetapi dia sering melencongkan topik tersebut. Saya penat!

"Saya sering dituduh curang kerana katanya 'saya ada potensi' (berbuat sedemikian), tetapi pada suatu hari Allah maha adil, bekas kekasih saya mengaku dia berlaku curang dengan seorang gadis lain.

"Namun, saya masih cuba untuk memperbaikinya (sebab saya bodoh!).

"Saya ingatkan saya boleh melupakannya dan hubungan kami kembali jernih tetapi gagal. Saya dihantui dengan sikapnya.

"Jadi, bayangkanlah sendiri selama tempoh lima tahun saya dilukai berulang kali semestinya seseorang itu akan putus asa dalam perhubungan yang sudah dibina," dedah Sarah menerusi akaun Instagramnya semalam.

Disebabkan itu kata Sarah dia mengambil keputusan untuk fokus pada karier dan mencari peluang untuk mengembangkan bakatnya.

Pintu rezekinya terbuka luas, karakter Nadine dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda mencuri hati peminat.

"Namun, saya dituduh pula mahukan populariti dan dituduh menghisap kemaluan pengurus saya. Maaf saya bukannya perempuan jalang!

"Saya akan pastikan setiap wang yang diterima datang daripada sumber yang halal kerana saya menjaga ibu saya dan takkan biarkan rezeki itu datang daripada duit haram.

"Itu sudah melampau dan saya sudah penat. Kali terakhir kami bertengkar sehinggalah dia suruh saya berambus, dan itulah yang saya lakukan!" tambahnya.

Pendedahan Sarah itu dengan niat yang murni untuk memberikan pengajaran kepada orang ramai agar belajar daripada kesilapannya.

Kata Sarah, tidak salah untuk meninggalkan sesuatu perkara seandainya hati tidak tenang.

"Kalau seseorang tidak membuatkan kamu gembira, tinggalkan dia.

"Anda tidak perlu memberikan apa-apa alasan melainkan sayangi diri sendiri terlebih dahulu," ujar Sarah lagi.

Biarpun Sarah tidak menyebutkan sebarang nama, ramai pihak terutamanya netizen yang mengandaikan individu yang dimaksudkan adalah pengacara dan pelakon kacak Nabil Mahir.

Pada Februari lalu, Sarah dan Nabil membuat pengumuman putus cinta selepas lima tahun bersama.

Lebih sensasi apabila Nabil mendedahkan dia telah membelikan sebentuk cincin untuk melamar Sarah namun tidak kesampaian apabila cinta mereka berakhir di tengah jalan. - Astro Gempak

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...