Skip to main content

Mahathir Penyelamat Malaysia Hero Versi Bollywood Akan Difilemkan


Seorang produser Bollywood merancang memfilemkan kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia dengan menggambarkan beliau sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah.

Raman Kumar, 73, berkata filem itu akan memberi tumpuan kepada intrik politik dan bagaimana Dr Mahathir menggunakan akal budi, kebijaksanaan dan pengalamannya selama 22 tahun sebagai perdana menteri untuk menerajui negara sekali lagi.

Beliau sebelum ini menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003 dan berkempen atas platform antirasuah semasa PRU ke-14 lalu.

"Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir - pada usia 92 tahun - berjaya membawa rakyat Malaysia bersama-samanya memenangi pilihan raya.

"Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan," katanya kepada Bernama.

Dengan tajuk filem yang dirancang bertajuk 'Mahathir Penyelamat Malaysia', filem itu akan dirakamkan dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke bahasa Melayu dan Inggeris.

Raman yang telah menghasilkan lebih daripada 10 filem termasuk lima di Malaysia, menyatakan bahawa kepimpinan Dr Mahathir dalam memupuk hubungan antara kaum telah mendorong rakyat Malaysia mengundi bagi sebuah kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Saya ingin menceritakan kisah kegigihan mengubah Malaysia selepas enam dekad," katanya.

Dr Mahathir menerajui HARAPAN untuk mencapai kemenangan pada PRU 9 Mei dengan meranapkan gabungan BN yang begitu hebat di bawah pemimpinnya Datuk Seri Najib Razak.

"Malaysia dilahirkan semula. Malaysia telah diberi peluang baru," kata Raman mengenai kemenangan HARAPAN yang menakjubkan di bawah pimpinan Dr Mahathir.

Kata Raman karakter Dr Mahathir penuh berwarna-warni, justeru dia ingin menceritakannya dalam keadaan begitu.

"Ia melibatkan banyak penyelidikan dan kami telah mendapatkan seorang penulis skrip rakyat Malaysia yang memahami politik dengan baik," kata produser itu merujuk kepada M Krishnamoorthy, seorang wartawan terkenal serta seorang profesor madya.

Raman - yang tinggal di United Kingdom, Mumbai di India dan juga Malaysia - berkata filem itu akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagian daripada kru filem akan datang dari Mumbai. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...