Skip to main content

Isu Gambar Bogel Tersebar, Setiausaha Politik Buat Laporan Polis


SETIAUSAHA politik membuat laporan polis berhubung penularan gambar seorang lelaki menyerupainya berada dalam keadaan mengaibkan dengan seorang wanita, yang tersebar melalui media sosial sejak beberapa hari lalu.

Cheong Chee Khing, yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia berkata, polis sudah merakam keterangan beliau pagi semalam dan menyerahkan kepada pasukan berkenaan untuk membuat siasatan lanjut.

"Sekarang, kes ini berada dalam siasatan polis, jadi saya tidak boleh komen mengenainya (sehingga polis selesai menjalankan siasatan)," katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan gambar berkenaan yang mula tersebar melalui Facebook milik wanita yang mendakwa sebagai isteri Chee Khing yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham.

Dalam Facebook berkenaan, wanita itu menulis dalam bahasa Mandarin dan Melayu memberi peringatan kepada mana-mana wanita lain agar tidak mengganggu suaminya kerana Chee Khing tidak berani, tidak mungkin dan tidak akan bercerai dengannya.

Beliau mendakwa sepanjang perkahwinan mereka, ramai wanita cuba merobohkan rumah tangga mereka dan sudah biasa dengan keadaan begitu tetapi mengingatkan bahawa tidak mungkin Chee Khing akan menceraikannya.

Sementara itu, menurut sumber, gambar yang tular itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilihan DAP Perak yang akan diadakan pada 14 Oktober ini.

Katanya, Chee Khing dikaitkan dengan pasukan yang diketuai Naib Pengerusi DAP kebangsaan, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong, yang dikatakan tidak sehaluan dengan satu lagi pasukan diketuai Timbalan Setiausaha Agung yang juga Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming, bersama sepupunya yang juga Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Beliau berkata, tahun lalu Chee Khing juga menghadapi masalah sama apabila seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dirompak oleh bekas wakil rakyat itu.

Katanya, wanita itu bagaimanapun menarik balik laporan polisnya selepas Chee Khing pula membuat laporan polis terhadap wanita berkenaan. - Harian Metro

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...