Skip to main content

"Tak Solat Maghrib Lebih Munafik Daripada Munafik 2" - Ulamak Tempelak Penonton Lalai Solat

Pendakwah popular, Ustaz Shahrizan Mohd Daud At-Turabi menegur segelintir penonton yang lalai dengan kewajipan hakiki hingga mengabaikan solat semata-mata untuk menonton wayang.

Kata Ustaz Shahrizan, teguran tersebut ditujukan kepada segelintir penonton yang memilih tayangan pada waktu senja hingga sanggup meninggalkan solat Maghrib.

"Munafik 2 terbaik! Tapi tengok Munafik 2 kat panggung showtime 6.50 petang dan tak solat Maghrib lebih munafik daripada Munafik 2.

"Bagi yang sanggup solat dengan keluar panggung sekejap, yang solat jamak, yang 'period' dan macam-macam jawapan lain tak perlu terasa.

"Yang perlu terasa dengan teguran ini adalah bagi yang tak solat terus sampai masuk Isyak. Lepas tu bajet-bajet tak apa boleh qada'," tulisnya di Instagram.

Namun, Ustaz Shahrizan memuji usaha yang dilakukan sutradara hebat Syamsul Yusof untuk mengangkat imej golongan ulamak dalam karya terbaharunya.

"Korang jangan marah Abang Syamsul Yusof dan Mawi. Aku sokong korang.

"Korang naikkan imej orang agama dalam tajuk ni. Memang jadi kalau nak jadi," tambah Ustaz Shahrizan lagi.

Munafik 2 telah memulakan tayangan sejak Khamis lalu dan telah berjaya mengutip RM21.6 juta dalam tempoh empat hari. - Astro Gempak

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut